Petua Belajat di ipta... Ipts...
Try lerr....
1) Tidur yang mencukupi sebelum masuk kedalam kelas. Pelik bukan. Pada waktu pengajian saya yang lalu, saya kurang tidur kerana jadual kerja dan kelas saya amat penuh sehingga hampir 18 jam dipenuhi dengan aktiviti. Jangan paksa otak kamu untuk belajar kalau ia letih. Sayangi otak kamu.
2) Duduk selesa didalam kelas. Maksud saya disini, kamu perlulah memastikan diri kamu selesa, tidak panas atau sejuk (operating temperature penting) tidak lapar. Coklat boleh membantu konsentrasi kamu didalam kelas.
3) Tunduk, hormat dan patuh pada lecturer. Tapi jangan la sampai mengagungkan mereka. Mereka itu sumber ilmu selain dari buku-buku. Secara biasanya setiap kali awal semester mereka akan memberikan silibus. Harap-harap kamu yang belajar di Univerisiti faham la apa itu silibus. Pada kebiasaannya silibus ini mengandungi antara lain tajuk subject, nombor telefon lecturer (ni boleh juga mengorat kalau dia single) credit hours, learning outcome, assessment method (ni penting), learning activities, schedule belajar dan paling penting buku rujukan. Tapi awas, jangan begitu terikat dengan rujukan yang diberikan kerana ilmu itu luas dan lecturer anda bukan dewa untuk segala buku. Membacalah dengan lebih banyak untuk memahami dan bukan sekadar untuk lulus periksa!!
4) Membaca topic pelajaran hari ini sebelum kelas. Tadi saya ada cerita tentang silibus bukan. Kalau kamu baca silibus, pasti kamu tahu minggu ini lecturer bakal membentangkan topic apa. So apa lagi, korek-korek la buku rujukan tadi, photocopy apa yg patut atau barangkali lecturer kamu telah sediakan di laman internet yang perlu kamu muat turun dan baca. Ya sekali lagi baca. Jangan print dan simpan. Buangkan aja lemak-lemak kamu dengan naik turun tangga library.
5) Tumpuan penuh dengan setiap perkataan yang diluahkan oleh lecturer semasa sesi pengajaran. Lihat mata dan pergerakkannya. Sesi pembelajaran ini akan menjadi lebih positif sekiranya kamu mengikuti tips ke 4 diatas. Dimana kamu telah membaca dan luahan perkataan lecturer kamu tadi seolah-olah ulangkaji sahaja. Sekiranya masih tidak faham inilah masanya untuk kamu menyoal dan melihat keterroran lecturer tersebut menjawab. (Kamu jangan praktikkan ini, ia bakal menjengkelkan lecturer tersebut kerana kamu kelihatan seolah2 mencabar kredibiliti mereka) Namun bagi lecturer yang telah kamu kenali hati budinya, tak salah untuk berkongsi ilmu bukan?
6) Lakukan segala tugasan sepantas mungkin. Jangan tangguhkan barang sehari pun. Ini kerana kebanyakkan tugasan akan diberikan pada waktu awal semester, dan biasanya dateline diberikan sehingga hujung semester. Awas buat kamu kamu yang suka bertangguh. Kamu bakal mempunyai sehingga 6 tugasan atau lebih pada satu-satu masa. Paling sukar adalah membuat tugasan berkumpulan. Lagi ramai lagi sukar sekiranya ketua kamu tidak tegas! Dan tugasan ini biasanya berkisarkan tentang keseluruhan kursus kamu. Kalau kamu berjaya menyiapkannya, maksudnya kamu telah membaca habis semua silibus. Ini kan memudahkan kamu untuk belajar dan menjawab semua soalan peperiksaan semudah google!!.
7) Belajarlah secara istiqamah. Iaitu berterusan, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Tak busuk ke lengan? Ok, sorry. Buatlah jadual waktu berdasarkan jam kredit kamu. Lagi besar jam kredit itu bermakna kamu perlu tumpukan lebih perhatian. Kerana ia bakal menaikkan pointer kamu dengan laju, atau menjahanamkan pointer kamu ke bawah dengan sangat mudah.
8) Jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan tentang pelajaran.
9) Meminta kedua orang tua memaafkan segala dosa dan minta mereka mendoakan kamu. Doa mereka sangat mustajab. Jauhi segala dosa besar. Istigfar untuk setiap dosa kecil.
10) Akhir sekali, kamu hendaklah berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kerana Allah Maha Bijaksana. Segala kebijaksanaan didunia ini tidak dapat menandingi sifat nya yang ini.
Tq to.. ieza mohd.. Sharing is caring...
