PERBUALAN SEORANG SUAMI DENGAN ISTERINYA BERKENAAN BIDA'AH.
Pada Rabu malam
Khamis, si suami dan isterinya sedang duduk berehat di ruang tamu rumah.....
Isteri: "Bang....esok hari Khamis, malam Juma'at kan?" tanya si isteri.
Suami: "Yalah...habis tu kenapa?" jawab si suami.
Isteri: "Malam esok abang duduk di rumah ajalah ya, tiap-tiap malam abang ke surau tambahan esok malam Juma'at dok buat perkara Bida'ah, baca Yasin...sesat tu Bang...masuk Neraka nanti...."
Suami: "Eh..Eh..awak ni, pandai2 aja..., mana ada sesat, kan baca Quran tu, Allah pun suruh kita baca Quran...."
Isteri: "Saya tahulah Bang, Allah suruh baca Quran..tapi Nabi tak pernahpun baca Yasin pada malam Juma'at..., itu bukannya sunnah..., kalau Nabi tak buat, itu Bida'ah namanya, sesat tu, masuk api Neraka..."
Suami: "Laa... awak ni...tak kisahlah Nabi buat ke tidak kerana dasarnya dalam Quran Allah suruh baca Quran, itu bukan Bida'ah tapi sunat.., betul tak?"
Isterinya terus memberontak dan merajuk kerana kecewa si suami telah sesat disebabkan membaca Yasin pada malam Juma'at..., akhirnya si suami terpaksa tidur di luar sendirian...
Keesokan paginya mereka tidak bertegur sapa dan si suami terus pergi ke pejabat untuk berkerja, sementara si isterinya sudah hilang ke rumah jirannya...
Pada jam 6:30 petang, si suami balik ke rumah terus memanggil isterinya, lalu isterinya datang dalan keadaan nak tak nak sahaja.
Suami: "Yang...abang rasa selama ni abang dah sesatlah...."
Isteri: "Hahhhh...sedarpun awak sekarang ni, baik awak bertaubat...tapi kenapa tiba-tiba aja awak dapat hidayah?"
Suami: "Tadi di pejabat abang ada dengar ceramah agama. Ustaz tu kata POLIGAMI tu sunnah Nabi, Nabi buat, itu sebab abang rasa menyesal kahwin sorang aja...Bida'ah tu kahwin sorang sebab tak ikut Nabi..., abang tak nak masuk Neraka dan heret sayang sekali masuk dalam Neraka disebabkan kesesatan yang abang lakukan, kahwin sorang aja...jadi ini ada borang untuk poligami, sayang tandatanganlah ya untuk abang kahwin satu lagi..."
Isteri: "Apa ni bang!!! apa abang cakap ni??? takkan kahwin sorang sesat, dalam Quran kata boleh kahwin 1 dan 2 atau 3 atau 4 jika mampu....abang jangan mengada-ngada nak kahwin sorang lagi...."
Suami: "Memanglah dalam Quran secara umumnya kahwin 1 ada asasnya...., tapi Nabi tak buat, jadi Bida'ah tu, nanti sesat masuk Neraka..."
Isterinya tediam lalu berkata......
Isteri: "Takkanlah Islam sesempit itu bang, mana ada macam tu...."
Suami: "Itulah awak..pandai2 hukum bida'ah bila Nabi tak buat, entah mana awak belajar, siapa yang awak ikut..., sedangkan selagi ada dalil yang umum yang boleh diqiaskan dengan amalan jangan pandai-pandai tuduh bida'ah walaupun Nabi tak buat, ini pandai-pandai aja hukum saya sesat masuk neraka, dah tu....saya nak siap ke surau buat bida'ah baca Yasin, awak nak ikut tak? Borang nipun saya taip sendiri di pejabat tadi, nak tengok sejauh mana awak ni faham apa itu Bida'ah.., cepat siap pergi surau.."
Isteri: "Yalah Bang...saya minta maaf, sekarang baru saya faham apa itu Bida'ah, nanti saya siap ikut abang....malam ni malam Juma'at kita tidur sama ya Bang....."
Sharing is caring...
