bebaskan diri

bebaskan diri

Wednesday, 27 January 2016

HASSAN AL BASRI..

💡🔒Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,.. 🔒

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Ustaz Muhammad Abdullah Al Aminm
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.

Sharing is caring...

JANGAN JANGAN JANGAN..

#TabungGawat

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.

12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.

13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.

14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.

15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

#BanyakkanUsahaDanKurangkanMerungut

Sharing is caring...

Monday, 25 January 2016

NABI NUH AS

NABI NUH AS

Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara berangsur-angsur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.
Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.
Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka terbyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh:"Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda drp kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dpt diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudak kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soaL-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui drpmu tentang hal itu semua.nya.Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalh pendusta belaka."

Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya:"Adakah engkau mengira bahwa aku dpt memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahwa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika kamu tetap menolak ajakan ku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku dan tetap mempertahakan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan karena kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki.Aku hanya seorang manusia yang mendpt amanat dan diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama Allah yang diutuskan-Nya kepada ku maka terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukuman-Nya dan gajaran-Nya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasul-Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan amanat-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaan-Nya di atas kamu sekalian jika Ia kehendaki.Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa danazab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian. Dialah Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa ,Maha Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang.".

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata:"Wahai Nuh! Jika engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamaba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pengaulanmu karena kami tidak dpt bergaul dengan mereka duduk berdampingan dengan mereka mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami dpt menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa."

Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata:"Risalah dan agama yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian, yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh ,diantara peguasa dan rakyat biasa semuanya mempunyai kedudukan dan tempat yang sama trehadap agama dan hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang dpt ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan drpku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku. Dan bagaimanakah aku dpt mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dpt diterima oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnay kamu adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat.

Pada akhirnya, karena merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujjah untuk melanjutkan dialog dengan beliau, maka berkatalah mereka:
"Wahai Nabi Nuh! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat dan cukup berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu. Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali melepaskan kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada gunanya lagi engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan bertegang lidah dengan kami. datangkanlah apa yang engkau benar-benar orang yang menepati janji dan kata-katanya. Kami ingin melihat kebenaran kata-katamu dan ancamanmu dalam kenyataan. Karena kami masih tetap belum mempercayaimu dan tetap meragukan dakwahmu."

Nabi Nuh Berputus Asa Dari Kaumnya

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninmggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingak yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pd para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan an menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan dtg masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan dtg mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis. Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang drp kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka jgnlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan."
Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, karena mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.

Nabi Nuh Membuat Kapal

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bhn yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu.
Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dpt bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina kapal itu. Mereka mengejek dan mengolok-olk dengan mengatakan:"Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal?Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal.Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang ankan menarik kapalmu ke laut?"Dan lain-lain kata ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh dengan sikap dingin dan tersenyum seraya menjawab:"Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekrg mengejek dan mengolok-olok kami maka akan tibalah masanya kelak bg kami untuk mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini.Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah menimpa atas diri kamu."

Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda drp-Ku maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izin-Ku."
Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menggenangi daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.

Dengan iringan"Bismillah majraha wa mursaha"belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan gelombang-gelombang itu.
Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama "Kan'aan" timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu. Pada saat itu, tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi maut ditelan gelombang.

Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat suaranya memanggil puteranya:Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman Allah." Kan'aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:"Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air bah ini."

Nuh menjawab:"Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah yang telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat dan keampunan-Nya."
Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.

Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal Allah. Beliau berkeluh-kesah dan berseru kepada Allah:"Ya Tuhanku, sesungguhnya puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari keluargaku dan sesungguhnya janji-Mu adalha janji benar dan Engkaulah Maha Hakim yang Maha Berkuasa."Kepadanya Allah berfirman:"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu, karena ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir drp kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu dan beriman kepada-Ku dpt engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya danterjamin keselamatan jiwanya.Adapun orang-orang yang mengingkari risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."

Nabi Nuh sedar segera setelah menerima teguran dari Allah bahwa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman Allah terhadap orang-orang kafir termasuk puteranya sendiri. Ia sedar bahawa ia tersesat pd saat ia memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana banjir yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada Allah harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda. Ia sangat sesalkan kelalaian dan kealpaannya itu dan menghadap kepada Allah memohon ampun dan maghfirahnya dengan berseru:"Ya Tuhanku aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."

Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak dan hukum Allah, surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan perintah Allah kepada Nabi Nuh:"Turunlah wahai Nuh ke darat engkau dan para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi barakah dan inayah dari sisi-Ku bagimu dan bagi umat yang menyertaimu."

Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.

Pelajaran Dari Kisah Nabi Nuh A.S.

Bahwasanya hubungan antara manusia yang terjalin karena ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan drp hubungan yang terjalin karena ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah s.w.t. dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya karena ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:"Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara." Demikian pula hadis Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri."Juga peribahasa yang berbunyi:"Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu."

Sharing is caring...

Sunday, 24 January 2016

APA...... NOMBOR...

Assalamualaikum... Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:

          Adakah kita sedari...???

          Acheh
          Tsunami
          26-12-2004,

          Jogja
          Gempa
          26-05-2006

          Tasik, Jawa Barat
          Gempa
          26-06-2010

          Gunung berapi
          Meletus
          26-10-2010

          Jambatan Tenggarong
          Samarinda, Indonesia
          Runtuh
          26-09-2013

          Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
          Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digntikan dgn shopping mall!!         

          Mengapa semua ini
          Berlaku pada tarikh 26hb

          Adakah ini satu kebetulan??

          Bukalah dan bacalah
          Al-Quran Juzuk ke: 26

          Allah SWT telah berfirman

          Mafhumnya:

          "sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

          Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!         

          Jika sudi..

          Sampaikanlah kepada hamba Allah yg lain.. wallahua'lam  ..
Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA 🌎 ini.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran absolute
🔎 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
🔎 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
🔎 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
🔎 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰

Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalann hidup kita ini.

Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan

Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya

PERINGATAN INI
REMINDER INI

untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000
tahun dulu masih diseksa sehingga kini.

Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?

5 x 8000 = 40 000
tahun.

Subhanallah.. 😫😭

Ringan-ringankanlah tangan untuk share benda ni. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain.

Sharing is caring....

KETAKUTAN...

Situasi 1

Suatu hari orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.

Itulah yang di namakan KEYAKINAN.

Situasi 2

Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.

Itulah yg di namakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3

Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.

Itulah yang di namakan
HARAPAN.

Teruslah menaruh "KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN" kepada Dia Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu segalanya.

Situasi 4

Anda telah menemui calon wanita solehah. Setiap kali anda ingin berbincang tentang perkahwinan, wajah isteri pertama anda sering muncul di minda.

Itulah yg dinamakan
KETAKUTAN

😀😀😀

Sharing is caring...

Saturday, 23 January 2016

PERKONGSIAN...

Ape yg menarik dgn kehidupan Dato terlajak laris n Datin yg dikongsikan?

1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.

2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.

3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).

4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.

5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.

6. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.

7. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.

8. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.

9. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.

10. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

~jom kita ambil yg baik2 sbg contoh berguna utk diamalkn dlm kehidupan bersama keluarga.

.moga 1 hr nanti dpt berMentor kan Dato & Datin..hehe..

*perkongsian dr Dato & Datin dlm Wanita Hari Ini 17/11/2015.

Sharing is caring...

Thursday, 21 January 2016

FAISAL HUSSEIN WONG...

SEJARAH JAGUH KUNGFU CHINA
TAHUKAH ANDA WONG FEI HONG ADALAH SEORANG ULAMA ISLAM YANG HEBAT..??

MUKADDIMAH

Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata seorang muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib. Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

SIAPAKAH SEBENARNYA WONG FEI HUNG...?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa Arab kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (Wushu / Kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu Wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini kemudian diwariskan kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menjadikan Keluarga Wong sebagai idola mereka.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch'in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch'in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya ramai yang memeluk agama Islam.

Wong Fei Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Wong Fei Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang berhati mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim...

Sharing is caring...

DARAH ITU...

DARAH YANG AJAIB CIPTAAN ALLAH SWT

Berikut fakta mengagumkan dari ujian darah kita....

1). Apabila Gelas diisi air putih, dititis darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah karena darah berrcampur rata tanpa dikacau.

● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). Gelas diisi air garam, dititis darah segar, dikacau. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah terggumpal kecil-kecil dan kental.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepam oksigen.
Boleh berakibat darah tinggi dan stroke.

3). Gelas diisi minyak, dititis darah. Tidak mahu bercampur dan menggumpal besar.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolesterol menyumbat pembuluh darah yang mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang amat berisiko kematian mengejut dan tiba tiba

4). Gelas diisi alkohol, dititis darah. Terus bercampur, tapi lama-kelamaan darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

Mari kita minum air putih demi kesihatan menyeluruh sistem tubuh kita. Ujian ini amalan minum air putih dapat menstabilkan PH dan keaslian darah manusia disamping  menjaga pola makanan kita setiap hari.

Semoga bermanfaat...

Gambar hiasan bila kepala dah masuk air..

Wednesday, 20 January 2016

HATI MATI..

Tanda-tanda kematian hati :

1. Berani meninggalkan solat.

2. Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar.

3. Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi ayat-ayat Alqur'an.

4. Terus menerus bermaksiat.

5. Sibuknya mengumpat dan buruk sangka.

6. Sangat benci mendengar nasihat yang baik dan benci pada ulama'.

7. Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat.

8. Senang melihat orang susah dan menderita.

Semoga kita selalu mendapat petunjuk dari Allah sebelum terlambat. Amin..

Al-Fatihah buat hati yang mati 💔..

Sharing is caring...

Tuesday, 19 January 2016

PENGERTIAN RUJUK

Pengertian rujuk

1. Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.

2.  Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.

3.  Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.

4.   Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (228)
      
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka yang menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju' akan) isteri-isteri itu dalam masa 'iddah mereka jika suami-suami bersetujuan hendak berdamai . Dan isteri-isteri itu menpunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara'); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  Al-Baqarah : 228


Hukum Rujuk

1.   Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
2.   Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.
3.    Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
4.    Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.
5.    Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.
  
Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:
      (a)   belum habis idah.
      (b)   isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.
(c)   talak itu setelah persetubuhan.  

  Rukun Rujuk :

(1)   Suami yang merujuk. 

Syarat-syarat suami sah merujuk:
 
(a)  Berakal.
(b)  Baligh.
(c)  Dengan kemahuan sendiri. 
(d)  Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.  

(b)   Isteri yang dirujuk. 

Syarat isteri yang sah dirujuk: 

(a)   Telah disetubuhi. 
(b)   Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh. 
(c)   Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang
       bercerai dengan khuluk.
(d)   belum dijatuhkan talak tiga 

(c)  Ucapan yang menyatakan rujuk.

Syarat-syarat lafaz: 

(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami "aku
     rujuk engkau" atau "aku kembalikan engkau kepada nikahku". 

(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik,
      misalnya kata suami "aku rujuk engkau jika engkau mahu". Rujuk
      itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu. 

(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami "aku rujuk engkau
     selama sebulan". 

  5.   Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.
       Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:

         (a)   selesai idah dari suami pertama.
(b)   bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
(c)   suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.
(d)   bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).
(e)   Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan. 

Rujuk secara bengurau dianggap sah walaupun dilakukan secara main-main dan tanpa saksi.

Hikmah rujuk

1.     Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan numah tangga.
2.     Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.
3.     Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumahtangga.

Sharing is caring...

RUJUK... JOM BACA...

Soalan: Sebulan lalu saya bercerai dengan isteri dengan talak satu untuk kali pertama. Isteri tidak rela dengan perpisahan berlaku dan menyuruh saya merujuknya semula. Isteri juga melafazkan rujuk ke atas saya yang berbunyi "Saya rujuk semula dengan awak". Saya hanya mengangguk tanda setuju walaupun hati saya sebenarnya masih berbelah bahagi. Saya jadi keliru adakah sah rujuk yang dibuat isteri saya itu atau adakah sah rujuk yang saya buat walaupun dalam keadaan dipaksa. Mamat, Kuala Lumpur.

Jawapan: Rujuk adalah penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Di dalam Islam, Allah meletakkan hak rujuk di tangan suami apabila berlaku perceraian talak rajie selagi isteri masih dalam edah. Allah Taala berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 228: "Dan suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri pada masa edah mereka jika (suami) bertujuan hendak berdamai".

Saidina Umar R.A meriwayatkan, "Rasulullah SAW menceraikan Hafsah, kemudian Baginda kembali rujuk kepadanya". Menurut jumhur ulama, terdapat tiga rukun utama rujuk iaitu suami, isteri dan sighah (lafaz).

Rukun pertama, suami hendaklah seorang baligh (cukup umur) . Tidak sah rujuk bagi suami belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk suami hendaklah kekal Islam.

Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai edah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus.

Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuk itu tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak rajie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk. Rujuk juga hanya boleh berlaku ketika isteri dalam tempoh edah. Tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya edah isteri atau isteri berkenaan murtad ketika dirujuk.

Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti 'engkau' atau 'nama isteri itu' atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah pula tidak boleh digantungkan (ditaklik) dengan sesuatu. Contohnya suami berkata: "Saya rujuk awak jika awak suka." Atau: " Saya kembali kepada awak jika awak berhenti kerja."

Kewujudan saksi hanya disunatkan. Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri masih suka kepada suaminya. Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukun dan syaratnya adalah sah walaupun rujuk dibuat itu dalam keadaan bergurau.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuk nikah, cerai dan rujuk. Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.

Seksyen 51(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (AUKI) memperuntukkan bahawa suami hanya boleh rujuk sekiranya berlaku talak rajie dengan satu atau dua talak yang tidak diikuti dengan habis tamat edah. Oleh itu suami tidak boleh rujuk jika sekiranya tempoh edah bagi talak rajie itu tamat. Dalam Seksyen 51(9) AUKI jika sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, seperti suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik.

Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya. Seorang suami dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti bertujuan untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.

Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 231: "Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Janganlah kamu menjadikan ayat hukum itu sebagai ejekan dan permainan".

Dari segi hukum rujuk, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain. Adalah makruh hukumnya bagi rujuk jika perceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya. Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri.

Merujuk kepada kes saudara, saudara mempunyai hak untuk merujuk isteri saudara tapi hendaklah dengan tujuan baik. Kuasa rujuk di tangan saudara sebagai suami tidak kira atas kemahuan isteri mahupun kemahuan saudara walaupun isteri tidak bersetuju dengannya. Bagaimanapun, rujuk yang dibuat oleh isteri adalah tidak sah. Rujuk juga perlu dilafazkan oleh suami menggunakan lafaz yang jelas menunjukkan berlaku rujuk.

Jawapan disediakan Exco Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) >Yusmawati Abllah....

Sharing is caring...

AMALAN YANG BOCOR

AMALAN SEPERTI BEKAS YANG BOCOR

@ Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada kita belum berkahwin pula dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

@ Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

@ Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

sahabatku mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk
Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Sharing is caring...

Monday, 18 January 2016

BAIT BAIT KATA...

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.

Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-prof muhaya...

Sharing is caring....

CERMIN MINDA

Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah

perbanyakkan selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W"..

WANITA...

Berdiri bulu roma bila membaca nya..

"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"      

Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      

Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" 
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

"Untuk apa???", tanya malaikat. 
Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,

Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    

Allah S.W.T berfirman:         
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."     

    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    

     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."  

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    

     "CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita. 👍😘

💚TAHNIAH KPD SEMUA WANITA YG ADA DLM GROUP INI💚

Sharing is caring...

Saturday, 16 January 2016

ZUHUD...

ZUHUDKU - ZUHUDKU

....

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Sahabat2 ku:
           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SIHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta kekayaaan
                Sebab
    Si kaya pun tidak pernah 
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma selembar.

      Mari terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku  saat ini
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, adik beradik, saudara mara...

Sharing is caring....

Tuesday, 12 January 2016

VIDEO HEPPI

#B612.... Heppi ker...

PASANGAN ZINA

Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika melakukan perkara ini.......

#Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 hingga  9...

#Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam......

Sharing is caring...

Monday, 11 January 2016

AYAH DAN IBU....

MILIK AYAH & IBU...RAMAI YANG TAK TAHU...

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu"  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana Anak Berjaya dan bukan sedih kerana Angkara Anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur'an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan air mata.

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan doakan kita "berkatilah si pulan ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini"  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah.
"Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku".
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orangtua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A'lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YG BERGELAR ANAK

Sharing is caring...

SIAPAKAH KITA

Siapa ekkkk....,

Kita ...
yang sibuk berbicara isu-isu ketamadunan
... lantang membela keadilan
    ... di pentas-pentas pidatoan

Namun ...
tiada sedar ada siswa pengsan
... tiada wang untuk beli sarapan

Kita ...
yang jenuh peruntukan
... mengupah penyelidikan kolagen sisik ikan

Sayang ...
Tiada wang untuk sedikit kajian ...
... mencari rumus-rumus penyelesaian...
    ... membantu siswa tiada biaya tiada pinjaman

... mencari solusi yang mampan ...
    ... menolong gelandangan terbaring di jalanan
    ... tiada rumah tiada makan

Kita ...
yang leka bermuzakarah
... tentang khasiatnya makanan sunnah
... tentang jihad ekonomi ummah

Rupa-rupa ...
di tangga masjid dan madrasah
     ... pengemis masih bersepah
     ... anak terbiar tidak ke sekolah

Kita ...
yang berasa tinggi iman ...
... pulang umrah kali ke sembilan
tidak sedar ada anak jiran
    ... makan nasi kosong tiada ikan

Kita ...
yang keasyikan menghukum pemungkar
... mencari salah ... orang kecil orang besar
Namun lupa ...

kita mungkin pendosa tegar
... yang lupa menyentuh kemiskinan di dasar

... yang tiada ingin menyantuni dhuafa'  lapar

... yang tiada peduli menolong faqir terlantar
O
Malah ...
tidak juga sekadar mewar-war

Mungkinkah ...
Kita juga tergolong Pendusta Agama Allah ...

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
dan TIDAK MENGANJURKAN memberi makan orang miskin.
(al Maauun 1-3)

ZullDaud
Kuala Berang
10 Januari 2016

Sunday, 10 January 2016

TAZKIRAH RINGKAS


Seorg pemuda lalu disebuah negeri.. Kekecohan sdg berlaku..
Lalu si pemuda pergi menyiasaat..
Rupanya mereka dlm prosess melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pun x sanggup mjadi raja atau pemerintah negara tersebut..

Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah..

Dia akan dibuang negara di padang tandus slps 10 tahun memerintah😯
Pemuda tadi mengangkat tangan.. "saya sanggup!"

Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu.

Org ramai mgatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal..
Tamak pangkat..
dsbginya.😰

Pd tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia mghntar Org utk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang slps 10 tahun nanti..

Tahun kedua.. Pemuda mula mghntar jurutera utk mbina jalan:

Tahun ketiga.. Mghntar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanam

Tahun ke empat engineer mula mbangunkan bangunan² canggih..
Dan seterusnya..

Shgga tahun ke 10..

Pemuda tersebut tidak sabar utk dibuang negeri😄
Masanya tiba..
Beliau sudah bersedia..
Kerana..
Sang pemuda tahu..
Dia sudah mghntar "bekalan" terlebih dahulu sbgi persediaaan..

Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita..
Kita tahu yg kita akan "dibuang" ke "tmpt itu"

Sudahkah kita mgirimkan bekalan?
Adakah tmpt itu padang tandus..
Atau sudahkah kita semai benih benih yg akan mjadi pohon rimbun?

Sudahkah kita kirim "bahan binaan" utk mbina sebuah mahligai yg akan kita diam? Atau biarkan saja ia kekal sbgi padang tandus..😪

~♡Sharing is Jariah♡~

USAHAWAN AYUH BANGKIT

Usahawan, Ayuh Bangkit ! Apabila Hidup Menjadi Semakin Sukar, Kita Perlu Menjadi Semakin Kuat ..

Pesanan daripada insan terkaya di China, iaitu Jack Ma:

Tolong sampaikan kepada generasi anda, bahawa sesungguhnya dunia akan terus berubah dan tidak akan menunggu sesiapa....

🐝Disaat pemetik api dicipta, mancis mula dilupai.
🐝Disaat kalkulator tercipta, abakus mula tidak digunakan.
🐝Apabila kamera digital dicipta, pasaran kamera filem mula hilang.
🐝Disaat pasaran direct selling/network marketing meningkat naik, pasaran traditional bisnes semakin menurun.
🐝Apabila telefon 4G dgn wifi mula tercipta, orang sudah kurang membuka laptop dirumah.
🐝Ketika Whatsapp/wechat semakin digemari, sms biasa sudah mula dilupai.

Jangan kita saling menyalahkan orang lain...sape yg menjatuhkan bisnes siapa.

Sebenarnya zaman sekarang masyarakat lebih terbuka dan boleh menyesuaikan dengan peredaran kemajuan.

Ada orang bertanya kepada Jack Ma....apa rahsia kejayaan beliau?

Beliau katakan...Ianya sangat mudah, disaat saya BERTINDAK, anda hanya menonton sahaja.

MENARIK JAWAPAN NIE ... DISAAT SY BERTINDAK, ANDA HANYA MENONTON SAHAJA!!

Kita kena ingat yang dunia sentiasa berubah.

JIKA KITA SENDIRI TIDAK BERUBAH SAMA, KITA AKAN KETINGGALAN KE BELAKANG.

Ingat....jgn kita rasa selesa dengan apa yg kita ada hari ini.

Kerana pasti orang lain bertindak lebih hebat daripada kita dan meninggalkan kita jauh di belakang.

Sharing is caring...

Saturday, 9 January 2016

Friday, 8 January 2016

RENUNGAN...

R E N U N G A N
(sebahagian dari kasih ALLAH kepada Umat Muhammad)

UMUR kita terlalu singkat :
💞 Hingga ALLAH kurniakan Lailatul Qadar untuk menambah umur amal.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH pinta berSilatulrahim untuk memanjangkannya.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Puasa Enam Syawal seperti berpuasa setahun.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Surah Al-Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Quran.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia solat berJemaah 27x lebih dari solat sendirian.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Solat Sunat di rumah 25x lebih dari solat di mata orang.

HIDUP ini terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Satu Huruf Bacaan Al-Quran dengan 10 pahala.

HIDUP ini terlalu singkat :
💞 ALLAH kurniakan sesiapa yg berAmal Soleh / Bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. JANGAN SIA-SIAKAN !!!

Sharing is caring...

MOTIVASI HARI INI...

Motivasi hari ini 😊😊😊😊
Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita. 
🌷🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🌷
BAHAGIA ITU SEDERHANA..
🍀🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🍀
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga..
🌹💚💚💚💚💚💚💚💚💚🌹
Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami..
💚🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💚
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah..
💛💐💐💐💐💐💐💐💐💐💛
Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punyaanak untuk saham akhirat ku nanti..
🌸💛💛💛💛💛💛💛💛💛🌸
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras..
💙🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇💙
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman..
🍇💙💙💙💙💙💙💙💙💙🍇
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup..
❤🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺❤
Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian..
🌺❤❤❤❤❤❤❤❤❤🌺
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal..
🌟🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🌟
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya..
🍒🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🍒
Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar..
💥🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💥
Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup..
🌹💥💥💥💥💥💥💥💥💥🌹
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari..
🌷🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🌷
Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki orang yang peduli padaku.
🌺🌾🌱🌺🌾🌺🌱🌺🌾🌺🌱
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun..
💐🌱💐🌾💐🌱💐🌾🌱💐
Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknye..
🍀🍁🌺🍁🍀🍁🌺🍁🍀🍁
Semoga yang terima pesanan ini    diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.

Sharing is caring...

NAK KER BERENTI MEROKOK

A.  Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok... Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit... Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga... Katakan pada diri anda taknak setiap kali anda ingin merokok...

B..Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan...

C.Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak... Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam... Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya...

D. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok... Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya...

E. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya... Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa...

F. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok...

G. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok...

H. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya...

Sharing  is caring...

PETUA BELAJAR...

Petua Belajat di ipta... Ipts...

Try lerr....

1)  Tidur yang mencukupi sebelum masuk kedalam kelas.  Pelik bukan.  Pada waktu pengajian saya yang lalu, saya kurang tidur kerana jadual kerja dan kelas saya amat penuh sehingga hampir 18 jam dipenuhi dengan aktiviti.  Jangan paksa otak kamu untuk belajar kalau ia letih.  Sayangi otak kamu.

2) Duduk selesa didalam kelas.  Maksud saya disini, kamu perlulah memastikan diri kamu selesa, tidak panas atau sejuk (operating temperature penting) tidak lapar.  Coklat boleh membantu konsentrasi kamu didalam kelas.

3) Tunduk, hormat dan patuh pada lecturer.  Tapi jangan la sampai mengagungkan mereka.  Mereka itu sumber ilmu selain dari buku-buku.  Secara biasanya setiap kali awal semester mereka akan memberikan silibus.  Harap-harap kamu yang belajar di Univerisiti faham la apa itu silibus.  Pada kebiasaannya silibus ini mengandungi antara lain tajuk subject, nombor telefon lecturer (ni boleh juga mengorat kalau dia single) credit hours, learning outcome, assessment method (ni penting), learning activities, schedule belajar dan paling penting buku rujukan.  Tapi awas, jangan begitu terikat dengan rujukan yang diberikan kerana ilmu itu luas dan lecturer anda bukan dewa untuk segala buku.  Membacalah dengan lebih banyak untuk memahami dan bukan sekadar untuk lulus periksa!!

4)  Membaca topic pelajaran hari ini sebelum kelas. Tadi saya ada cerita tentang silibus bukan.  Kalau kamu baca silibus, pasti kamu tahu minggu ini lecturer bakal membentangkan topic apa.  So apa lagi, korek-korek la buku rujukan tadi, photocopy apa yg patut atau barangkali lecturer kamu telah sediakan di laman internet yang perlu kamu muat turun dan baca.  Ya sekali lagi baca.  Jangan print dan simpan.  Buangkan aja lemak-lemak kamu dengan naik turun tangga library.

5) Tumpuan penuh dengan setiap perkataan yang diluahkan oleh lecturer semasa sesi pengajaran.  Lihat mata dan pergerakkannya.  Sesi pembelajaran ini akan menjadi lebih positif sekiranya kamu mengikuti tips ke 4 diatas.  Dimana kamu telah membaca dan luahan perkataan lecturer kamu tadi seolah-olah ulangkaji sahaja.  Sekiranya masih tidak faham inilah masanya untuk kamu menyoal dan melihat keterroran lecturer tersebut menjawab.   (Kamu jangan praktikkan ini, ia bakal menjengkelkan lecturer tersebut kerana kamu kelihatan seolah2 mencabar kredibiliti mereka)  Namun bagi lecturer yang telah kamu kenali hati budinya, tak salah untuk berkongsi ilmu bukan?

6)  Lakukan segala tugasan sepantas mungkin.  Jangan tangguhkan barang sehari pun.  Ini kerana kebanyakkan tugasan akan diberikan pada waktu awal semester, dan biasanya dateline diberikan sehingga hujung semester.  Awas buat kamu kamu yang suka bertangguh.  Kamu bakal mempunyai sehingga 6 tugasan atau lebih pada satu-satu masa.  Paling sukar adalah membuat tugasan berkumpulan.  Lagi ramai lagi sukar sekiranya ketua kamu tidak tegas!  Dan tugasan ini biasanya berkisarkan tentang keseluruhan kursus kamu.  Kalau kamu berjaya menyiapkannya, maksudnya kamu telah membaca habis semua silibus.  Ini kan memudahkan kamu untuk belajar dan menjawab semua soalan peperiksaan semudah google!!.

7) Belajarlah secara istiqamah.  Iaitu berterusan, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam.  Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.  Tak busuk ke lengan?  Ok, sorry.  Buatlah jadual waktu berdasarkan jam kredit kamu.  Lagi besar jam kredit itu bermakna kamu perlu tumpukan lebih perhatian.  Kerana ia bakal menaikkan pointer kamu dengan laju, atau menjahanamkan pointer kamu ke bawah dengan sangat mudah.

8) Jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan tentang pelajaran.

9) Meminta kedua orang tua memaafkan segala dosa dan minta mereka mendoakan kamu.  Doa mereka sangat mustajab.  Jauhi segala dosa besar.  Istigfar untuk setiap dosa kecil.

10) Akhir sekali, kamu hendaklah berdoa dan bertawakkal kepada Allah.  Kerana Allah Maha Bijaksana.  Segala kebijaksanaan didunia ini tidak dapat menandingi sifat nya yang ini.

Tq to.. ieza mohd.. Sharing is  caring...

CARA BELAJAR DI PENGAJIAN TINGGI

Pembelajaran di peringkat universiti sememangnya lebih mencabar berbanding dengan masa sekolah dulu. kalau masa sekolah, kita diberikan kerja sekolah setiap hari dan perlu disiapkan tanpa banyak karenah sebab takut kena rotan.

Berbeza dengan kehidupan di universiti di mana korang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pensyarah pulak. Ada pensyarah yang bagus pengajarannya dan ada jugak yang mengajar ikut suka hati mereka.

Akibatnya, pelajar itu sendiri yang susah nak paham apa yang diajarkan oleh pensyarah tersebut. Bukan sebab pensyarah itu tidak professional tapi lebih kepada cara penyampaian mereka yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelajar.

Pilih Pensyarah Dengan Betul
Ramai di antara kita yang belajar kat universiti ini lebih cenderung untuk belajar dengan pensyarah pilihan diorang. Sebabnya nanti tak ada lah korang pening kepala atau pun segan nak bertanyakan soalan. Lebih-lebih lagi kalau pensyarah korang tu foreigner.

Lebih elok kalau korang buat servey dulu tentang siapa dan bagaimana seseorang pensyarah tu mengajar.Jangan main hentam je ambil nak belajar dengan mereka. Kalau tak kena cara belajar dengan cara kita, alamat lingkup lah pelajaran korang nanti. Macam berpengalaman je, ya memang aku pernah kena dulu.

Teknik Berjaya di Alam Universiti
Memandangkan masa kita semua belajar di universiti ni terhad sebab satu semester tu dalam 4 ke 5 bulan sahaja, jadi biasalah kalau korang akan hadapi peperiksaan demi peperiksaan dalam masa yang terdekat.

Jadi sebab itu fokus korang amatlah penting untuk 4 ke 5 bulan tersebut untuk menjaga carry mark ataupun markah terkumpul sehingga peperiksaan akhir nanti.

Dengan menggunakan beberapa teknik yang aku sendiri gunakan sekarang, ianya agak berkesan pada aku tapi tak tahu lah kepada orang lain. Antaranya :

1) Belajar sambil menulis, mendengar dan berfikir adalah yang terbaik untuk korang paham apa yang diajarkan oleh pensyarah korang nanti.Masalah yang paling kritikal kat sini bila pensyarah korang asyik membebel panjang tanpa memegang satu pun pen maker untuk menerangkan apa yang diajarkan.

AMARAN : DUDUK DI BARISAN HADAPAN, DUDUK DI BARISAN HADAPAN, DUDUK DI BARISAN HADAPAN SUPAYA KITA LEBIH FOKUS DALAM KELAS. SERIUS!

Jadi kena bijak lah tegur dia ke macam mana, ataupun terpaksa belajar dengan kawan korang sendiri. inilah perbezaan yang paling ketara berbanding di zaman sekolah dahulu.

2) Pastikan setiap apa yang diterangkan, samada melalui percakapan ataupun perbincangan di dalam kelas tu, korang tulis isi penting supaya korang tidak akan terlepas pembelajaran tentang topik tersebut.

Ini penting untuk rujukan korang buat masa hadapan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi peperiksaan. Banyak bakal soalan nanti tak lari daripada apa yang korang belajar dalam kelas.

3) Fokus 200% ketika di dalam kelas. Jangan lah masih nak main dengan telefon bimbit korang tu lagi buat masa ni. Kalau girlfriend ke boyfriend korang hantar mesej pun jangan balas. Bukan dia yang tolong kita nak jawab soalan nanti kalau tak boleh jawab.

Nampak ayat aku macam simple, fokus dalam kelas. Tapi tak ramai yang alert dengan nasihat aku ni. Percayalah, kalau korang fokus dalam kelas, insyaallah apa yang korang belajar tu senang nak recall balik.

4) Berinteraksi dengan pensyarah. Diorang ni pun manusia jugak. Jadi kalau korang duk tunjuk semangat nak belajar dengan dia tu, acah-acah rajin belajar depan dia pun okay.

Biarkan diorang kenal siapa korang tu. maksud aku bagi dia ingat nama korang, jadi kalau ada masalah ke tak paham, korang takan segan nak bertanya.

5) Anda dan ambil peperiksaan MUET? Exam MUET ni penting untuk masuk ke universiti dan merupakan 'Sijil Tambahan' kepada anda apabila nak dapatkan pekerjaan nanti. Jadi, lulus dengan cemerlang adalah WAJIB kalau nak senang dapat kerja nanti. Baca panduan lulus exam MUET yang disediakan oleh Teacher Asmah untuk bantu anda lulus dengan cemerlang. Baca di sini : Panduan Lulus Exam MUET!

Kalau korang amalkan 5 killer tips ni dalam pembelajaran korang, insyaAllah korang akan berjaya nanti dengan usaha serta doa tu. Lagi satu, jangan tinggal solat! Hubungan dengan yang Esa pun kena jaga jugak. Tak guna berjaya tapi tak dapat berkat belajar. Semoga bermanfaat.

- tq to khairulasrol...

LUBANG HIDUNG..

--- MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA..?

..�Kita memiliki hidung berlubang disebelah  kiri dan kanan, apakah fungsinya sama?

..�Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yg kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

..Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

..Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya. Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

..Perempuan bernafas lebih dg hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk. Laki-laki bernafas lebih dg hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

..Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yg bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan?

..Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

..Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

..Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.

..Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Silakan  di-share untuk teman, sahabat, keluarga, dll. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat.

Sumber : Tibun Nabawi

Thursday, 7 January 2016

Oooh Isteri... Ekkk


(*)beberapa tips untuk semua isteri harus ambil tahu,

[+]amalkan dengan membaca ayat 200 dari surah ALI 'IMRAN semasa memasak dan membancuh air,
agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita.

(*)Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian.

[+]Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
[+]tidak mengapa suruh maid basuh baju kita, tetapi yang 'kecik-kecik' terutama kita punya dan suami tu, sebaik-baiknya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin apabila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat,
[+]masa melipat pun, kita pilih yang patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsianya tu).

(*)Perkara kedua ialah tentang bilik tidur.

[+]Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kepada pembantu rumah. NO ENTRY !!!!.
[+]Apa pun yang ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami.
[+]Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya.
[+]Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. (ada rahsia juga tu).
[+]"bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang-wenang,
rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan isteri sendiri yang mengemasnya!

(*)perkara ketiga dalam hal makan dan minum,

[+]kan sudah dipesan org tua bahawa mahu jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu Dan antara dua lututnya… (syahwatnya).
[+]Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

[+]AIR TANGAN! atau SENTUHAN TANGAN! Itulah rahsianya,

[+]sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib.
[+]Ada 'ruh'. Ada keberkatan. Ada kasih sayang.
[+]Tidak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tetapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.

[+]Kalau kita masih keliru dan kurang yakin,
[+]cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,
[+]kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa,
[+]namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil 'air tangan ibu'.
[+]Walaupun sekadar MEE MAGGIE!!.

.... Sharing is caring..... Ekkk