Yang Pertama, kejutkanlah anak untuk solat subuh. Oang melayu ni kejut anak sebab nak g sekolah. Waktu cuti tak kejut. Tak mau camni.
Yang Kedua, selepas azan subuh jangan terus solat fardhu subuh, wajibkanlah diri anda untuk melakukan solat sunat 2 rakaat fajar atau nama lainnya solat sunat subuh atau dipanggil juga sebagai solat sunat qabliah subuh. Nama je yg lain tapi ia adalah solat yg sama. Kalau kita istiqomah dengan solat ini Allah SWT akan beri kita diakhirat kelak sesuatu yang melebihi dari kenikmatan SELURUH dunia dan seisinya. Keterangan ini adalah dari hadis yg soheh, tak perlu nak ragu.
Yang Ketiga, bagi sesiapa yang ingin memburu pahala hebat/dahsyat/besar disubuh/pagi hari maka hadirilah PERGI KE MASJID untuk kuliah subuh @ berzikir/baca quran dimasjid tunggu SEHINGGA terbit matahari anggaran jam 8 pagi kemudian lakukan solat dhuha 2 rakaat kemudian baharulah balik rumah. Anda akan mendapat pahala umrah & haji yang sempurna. Keterangan ini juga dari hadis yang baik sanadnya. Ajaklah anak2 dan isteri anda ke masjid pada hujung minggu, agar masa cuti ini kita terluang utk dgr kuliah subuh disamping meraih pahala besar ini.
~ SUBUH
Sharing is caring...