bebaskan diri

bebaskan diri

Sunday, 21 February 2016

WAKTU SESUAI UPDATE STATUS DI FACEBOOK

[TIPS: WAKTU SESUAI UNTUK UPDATE STATUS DI WALL ANDA]

Hari ni saya nak kongsikan satu tips yang saya petik dari FB yang saya setuju sangat2. Tips ini boleh diaplikasikan kepada FB personal kita mahupon FB page kita. Yang penting berpada-pada, jangan sampai orang menyampah dengan post kita yang boring, kita kena kreatif plus tengok mood orang masa tu macam mana.. Secara overall, mood kebanyakan orang terutamanya wanita2 lingkungan umur 18-45 tahun yang berminat dalam produk kesihatan, kecantikan dan pakaian, juga berminat menambah pendapatan sampingan adalah seperti berikut.

6.00-8.30 pagi: Waktu santai dan tenang, disyorkan update mengenai MOTIVASI /TAZKIRAH/HADIS/PETUA dan sebagainya yang TIDAK MENJUAL

9.00-10.30 pagi:

Waktu ini pengguna mula memeriksa akaun facebook masing-masing dan mula mencari sesuatu untuk dibaca atau dibeli. Jadi adalah disyorkan anda memulakan posting ke arah SOFT SELLING seperti TIPS KESIHATAN/KECANTIKAN, cara penggunaan dan sebagainya.

10.30-12.40 tengahari: (waktu penting)

Ketika ini pengguna sudah mula membuat keputusan. Jadi anda boleh mula HARD SELLING. Update mengenai KEISTIMEWAAN PRODUK, PROMOSI DAN MENGGESA PENGGUNA MEMBUAT BAYARAN kerana mereka biasanya mahu barang mereka sampai keesokan hari.

1.00-2.30 petang:

Waktu ini traffic paling rendah. Respon pengguna biasanya akan turun mendadak pada waktu ini, jadi update sesuatu yang santai sahaja seperti info dan petua.

3.00-5.00 petang: (waktu penting)

Traffic kembali tinggi, persaingan juga rancak di mana ketika ini newsfeed pengguna dibanjiri update. Jadi mula update sesuatu yang MENARIK MATA PENGGUNA DAN CATCHY, contohnya TESTIMONIAL.

5.30-8.30 malam:

Ketika ini traffic juga sangat rendah, mungkin pengguna sedang dalam kenderaan untuk pulang ke rumah, beriadah, memasak, menonton tv dan sebagainya. Pada waktu ini disyorkan untuk postkan mengenai sesuatu yang SANTAI.

9.00-11.30 malam:

Traffic agak tinggi ketika ini, pengguna lebih gemar untuk bersantai, membaca dan juga membeli. Jadi post mengenai PERIBADI ANDA, 'LIVE UPDATE', INFO PRODUK, BRAND, BARANG YANG KORANG NAK POS ESOK KE, GAMBAR ANAK DENGAN PRODUK KE, GAMBAR SOHO dan sebagainya. Sebolehnya kurangkan 'hard selling' tetapi ketika ini pengguna yang ingin membeli juga ramai. Jadi terpulang kepada trend follower/friend list anda.

12.00 malam ke atas:

Kesemua transaksi perbankan sudah mula ditutup, jadi ketika ini JANGAN MENJUAL. Gunakan waktu ini untuk bersantai jika masih belum tidur.

Semoga bermanfaat, anda boleh lihat tips ini sebagai satu ilmu yang anda boleh aplikasikan untuk meningkatkan usaha anda, atau anda juga boleh lihat tips ini hanya untuk bahan bacaan mata anda. Cara anda melihatnya saya x boleh paksa, sebab hanya yang NAK SANGAT-SANGAT JE AKAN NAMPAK JALAN DAN PELUANG, bukan mereka-reka alasan-alasan baru ye.

Sharing is caring....