bebaskan diri

bebaskan diri

Saturday, 19 March 2016

SOLAT JAMAK

SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Sharing is caring....

TINGKATKAN IMAN

Cara Tingkatkan Iman:
.
✔ Mohon doa kepada Allah.
✔ Beramal sedikit demi sedikit dan kemudian menambahnya.
✔Jangan tinggalkan al-Quran dan fikirkan maksud firman-firman Allah s.w.t.
✔ Bawa hati dari mencintai dunia kepada mencintai akhirat.
✔ Cari ilmu dan lazimkanlah diri menghadiri majlis-majlis mengingati Allah.
✔ Memaksa diri melakukan ketaatan dan kebaikan.
✔ Mengingati mati dan kubur. Sedarlah satu hari nanti kita akan berada di hadapan Allah s.w.t.

Sharing is caring...

Friday, 18 March 2016

WANITA

WANITA PALING TABAH DAN KUAT

Masa saya di airport nampak seorang wanita bawa 5 orang anaknya. Semua masih kecil-kecil lagi. Saya sebak melihat begitulah keadaan wanita. Dia boleh urus anak 5 orang seorang diri. Dia bawa satu beg dalam tu ada tiket dan semua dokumen penting anak-anak. Dengan anak menangis, bergaduh, menjerit dan yang nak susu. Tolak dan bawa barang banyak-banyak. Ya Allah..

Saya dalam hati berdoa ya Allah sayangilah isteriku di rumah. Sayangilah ibuku. Terasa sebak bila tengok tugas wanita. Siang malam uruskan semua seorang diri.  Ke mana-mana uruskan anak dan diri seorang diri. Itulah hidup mereka sampai bila-bila...ya Allah.

Dia tegur saya minta saya bergambar dengan anak-anaknya di airport..dia minta saya jaga anak-anak sekejap dia nak ke bilik air. Biasanya seorang wanita masuk bilik air kena bawa anak-anak kecil semuanya. Ya Allah...kasihankan..

Kemudian dia menangis bercerita. Kenapa lelaki ini susah nak faham kami. Saya jaga anak ini seorang diri. Suami macam tiada perasaan. Dia sentiasa marah saya di rumah. Kuat mengamuk. Tidak langsung bantu kerja rumah.

Bila dia balik saya buatkan air. Dia tak pernah pandang muka saya. Bila saya tanya dia jawab macam tak nak jawab. Saya bercerita dia tak pernah dengar. Saya mengadu sakit lengan dan pinggang kerana urus anak-anak. Dia kata biasalah tu. Rehatlah. Pergilah klinik.

Saya baru nak berehat minta tolong dia jaga anak-anak. Dia marah saya. Katanya saya pun penat.awak bukan kerja jagalah anak-anak ini..

Setiap kali ajak pergi klinik dia kata dia sibuk..saya dari anak pertama sampai sudah terpaksa sendiri ke klinik check up. Kalau dia datang pun duduk jauh-jauh. Tunggu dalam kereta..

Tak tanya apa-apa pun. Tak pernah nak bermain-main dengan anak-anak. Saya sambil masak, sambil lari urus dan main-main dengan anak-anak. Saya buang sampah, kemas baju kotor, rumah bersepah, nasihat dan ajar anak-anak. Saya silap sikit dia maki saya.

Ini saya balik kampung dia sibuk kerja. Langsung tak hantar ke airport. Saya pergi dan urus sendiri semuanya..memang semua lelaki begitu ke ustaz?kenapa jadi begini..

Bila saya sebut pasal duit mesti dia ungkit semuanya penat kerja. Duit tak cukup. Saya guna duit tu pun untuk barang dapur dan kelengakapan rumah.

Syukur saya dengar ceramah ustaz dan baca buku Tangisan Umat. Ia seperti ubat kesedihan hati saya. Menangis dan air mata sambil baca buku ustaz. Betul ustaz lega bila ada orang nak mendengar. Kita bukan nak marah suami. Kita cuma nak luah. Tapi bila luah jadi bergaduh..saya sayang dan cinta suami saya. Dia pun sayang saya. Saya nak mahligai syurga bersama suami 

Saya sebak kerana wanita memang hebat. Istimewa di sisi Allah. Orang kuat khidmat dengan ikhlas sentiasa dapat dekat dengan Allah disayangi Allah. Hati mereka lembut. Hati mereka suci berkat suka memberi khidmat.

Oleh itu hargailah isteri. Berilah masa mendengar, melihat mereka, hargai mereka. Mereka sanggup buat apa sahaja buat suami dan agama bila mereka dicintai dan dihargai. Mereka lembut dan hati mereka lembut. Berilah pujian, penghargaan, tengok mereka. Beri hadiah. Bantu kerja rumah. Beri nafkah. Dengar mereka. Dengari mereka fahami mereka.. mereka sudah tiada siapa lagi. Tiada apa-apa lagi. Hanya untuk suami dan anak-anak dan smeuanya hanya kerana Allah...

Saya tak tahu kenapa kita tergamak menyakiti hati orang kita sayang. Masa saya nak keluar rumah tadi saya menangis. Saya rindu isteri saya. Kalau makan sedap saya mesti tak selera makan kerana nak bawa ibubapa dan isteri saya makan dulu. Saya selalu menangis rindu pada keluarga..

Bila dapat bersama, bermanja, melihat isteri berehat dan senyum itulah nikmat dalam hidup saya...Saya teramat sayang isteri saya. Tapi saya juga banyak kelemahan dan sentiasa berdoa ingin menjadi yang terbaik buat isteri saya. Saya memang terlalu hormat pada ibu dan isteri saya. Sebab saya lihat ibu dan isteri saya siang malam berkorban buat saya. Senyuman mereka bahagia buat saya. Saya takkan berhenti dan boleh duduk diam jika mereka bersedih. Biarlah air mata kegembiraan asbab diriku ini. Ramai lelaki yang baik seperti ini di mana-mana saya jumpa. Begitulah betapa korbannya wanita diluar sana. Sayangi dan hargai mereka.Janganlah sia-siakan mereka.masa akan tiba tak lama pasti kita akan menyesal..itulah hari penyesalan...i love u bidadariku sayang Airis HayFarayqal.

~ petikan dari nukilan ebit lew

Sharing is caring....

Tuesday, 8 March 2016

SOLAT GERHANA

ANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku' dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan " الكمال أدنى " iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku' pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku' dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku' semula (dipanggil ruku' kedua).
Apabila bangkit I'tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa', dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku' yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku' yang kedua 80 ayat, ruku' ketiga
70 ayat dan ruku' yang keempat 50 ayat.

Sharing is caring...

Monday, 7 March 2016

JEMURAN

Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran.
.
Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba2 datang seorang kawan kita bertanya "buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

........

Aku tnya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab: supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah

........

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj. Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akan tutup juga aib dia.

........

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.

2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

Sharing is caring...

BOTOL KOSONG

Mutiara kata

Botol... 🍶🍶

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.💸💸

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Renungan untuk hari ini...
Nilai Duit.......💲💲💲

-💲Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
-💲 Duit .. tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.
- 💲Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
- 💲Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
- 💲Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
- 💲Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
- 💲Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

💲D-don't.
💲U-use.
💲I-intelligence.
💲T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                    
1.   🌹Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   🌹Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   🌹Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4.   🌹Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   🌹Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.  🌹Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.  🌹Berdukacita. -  Berdoalah
8.  🌹Mahukan  keberkatan  -  Berselawatlah.

Yg membaca, tak untung
Yg brcakap, pun tak untung
Yg mndengar, pun tak untung
Yg untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.

Mari kita amalkan😃
" DUIT "
D - DOA
U - USAHA
I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKAL

ORANG SOMBONG je takkan copy😁          - Istana Paling Cantik → MASJID👍          - Lagu Paling Sedap → AZAN 👍          - Senaman Paling Baik → SOLAT👍          - Hobi Paling Berfaedah → ZIKIR👍          - Agama Paling Indah →ISLAM👍          sy copy sbb sy islam.. ☺
Minta berhenti sekejap je...Baca lah ini..

Curi sedikit masa Emas kita... Gunakan 1 minit utk mengingati ALLAH

                Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih
      SUBHAANALLAH
      WALHAMDULILLAH
      WALAA ILAA
      HAILLALLAH
      ALLAHU AKBAR

      ASTAGHFIRULLAAH

LA ILAAHA ILLALLAAH, MUHAMMADURRASUULULLAAH

ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALAA ALIHI WA SAHBIHI AJMA'IIN

                     Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
                     Langkah 3:
Forward pesan ini kpd sekurang-kurangnya 9 org yang anda kasihi.
                    
                     Hasil 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka utk mengingat, berdoa & bermunajat kpd ALLAH SWT.
                     Hasil 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka utk mengingat & berdoa utk Nabi Muhammad SAW
                     Hasil 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kita & di-AMIN-kan oleh para Malaikat...:)
Ambil hikmahnya aja ya teman,,
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar.                                                                                                 Ya Mutakabbir
Ya Salam
Ya Hayyu
Ya Qoyum
Ya Sami
Ya RozaQ
Ya Mugni
Ya Malikal mulki
Ya Dzal djalalilwalikrom
Ya Gofar
Ya Mujib

Sharing is caring.....

Tuesday, 1 March 2016

HANYA PERBUALAN

PERBUALAN SEORANG SUAMI DENGAN ISTERINYA BERKENAAN BIDA'AH.

Pada Rabu malam
Khamis, si suami dan isterinya sedang duduk berehat di ruang tamu rumah.....

Isteri: "Bang....esok hari Khamis, malam Juma'at kan?" tanya si isteri.

Suami: "Yalah...habis tu kenapa?" jawab si suami.

Isteri: "Malam esok abang duduk di rumah ajalah ya, tiap-tiap malam abang ke surau tambahan esok malam Juma'at dok buat perkara Bida'ah, baca Yasin...sesat tu Bang...masuk Neraka nanti...."

Suami: "Eh..Eh..awak ni, pandai2 aja..., mana ada sesat, kan baca Quran tu, Allah pun suruh kita baca Quran...."

Isteri: "Saya tahulah Bang, Allah suruh baca Quran..tapi Nabi tak pernahpun baca Yasin pada malam Juma'at..., itu bukannya sunnah..., kalau Nabi tak buat, itu Bida'ah namanya, sesat tu, masuk api Neraka..."

Suami: "Laa... awak ni...tak kisahlah Nabi buat ke tidak kerana dasarnya dalam Quran Allah suruh baca Quran, itu bukan Bida'ah tapi sunat.., betul tak?"

Isterinya terus memberontak dan merajuk kerana kecewa si suami telah sesat disebabkan membaca Yasin pada malam Juma'at..., akhirnya si suami terpaksa tidur di luar sendirian...

Keesokan paginya mereka tidak bertegur sapa dan si suami terus pergi ke pejabat untuk berkerja, sementara si isterinya sudah hilang ke rumah jirannya...
Pada jam 6:30 petang, si suami balik ke rumah terus memanggil isterinya, lalu isterinya datang dalan keadaan nak tak nak sahaja.

Suami: "Yang...abang rasa selama ni abang dah sesatlah...."

Isteri: "Hahhhh...sedarpun awak sekarang ni, baik awak bertaubat...tapi kenapa tiba-tiba aja awak dapat hidayah?"

Suami: "Tadi di pejabat abang ada dengar ceramah agama. Ustaz tu kata POLIGAMI tu sunnah Nabi, Nabi buat, itu sebab abang rasa menyesal kahwin sorang aja...Bida'ah tu kahwin sorang sebab tak ikut Nabi..., abang tak nak masuk Neraka dan heret sayang sekali masuk dalam Neraka disebabkan kesesatan yang abang lakukan, kahwin sorang aja...jadi ini ada borang untuk poligami, sayang tandatanganlah ya untuk abang kahwin satu lagi..."

Isteri: "Apa ni bang!!! apa abang cakap ni??? takkan kahwin sorang sesat, dalam Quran kata boleh kahwin 1 dan 2 atau 3 atau 4 jika mampu....abang jangan mengada-ngada nak kahwin sorang lagi...."

Suami: "Memanglah dalam Quran secara umumnya kahwin 1 ada asasnya...., tapi Nabi tak buat, jadi Bida'ah tu, nanti sesat masuk Neraka..."

Isterinya tediam lalu berkata......
Isteri: "Takkanlah Islam sesempit itu bang, mana ada macam tu...."

Suami: "Itulah awak..pandai2 hukum bida'ah bila Nabi tak buat, entah mana awak belajar, siapa yang awak ikut..., sedangkan selagi ada dalil yang umum yang boleh diqiaskan dengan amalan jangan pandai-pandai tuduh bida'ah walaupun Nabi tak buat, ini pandai-pandai aja hukum saya sesat masuk neraka, dah tu....saya nak siap ke surau buat bida'ah baca Yasin, awak nak ikut tak? Borang nipun saya taip sendiri di pejabat tadi, nak tengok sejauh mana awak ni faham apa itu Bida'ah.., cepat siap pergi surau.."

Isteri: "Yalah Bang...saya minta maaf, sekarang baru saya faham apa itu Bida'ah, nanti saya siap ikut abang....malam ni malam Juma'at kita tidur sama ya Bang....."

Sharing is caring...